Kau yang satu

Saturday 15 December 2012

Bersawang....bersawang....

Hehe...muahahhhaa...akibat terlebih over nak menghayati watak sekarang ni, tak pasal-pasal blog aku dah penuh sesawang (nantilah aku cerita okey...)

Banyak benda nak update tapi tulah masalahnya masa amat mencemburui aku la ni...nanti aku update okey.   

Cuma nak inform aku still around okey...hehee..

Saturday 24 November 2012

Tidak Kenal Bukan Aku Tak Tahu....

Bestnya tadi petang...kenapa? Adalah...hehe...yelah...tadikan aku pergi MAHA 2012 (alah Ekspo Pertanian yang dekat Serdang, yang diadakan 2 tahun sekali tak silap aku). Seronok tau pergi sana.....macam-macam ada.

Orang "jakun" macam aku sesuai pergi situ...haha...akukan hehe malulah pula, jangan gelak tau...senyum je...sebenarnya kan banyak aku tak kenal jenis ikan, sayur, pokok. Tengok tu...tak baik tau gelakkan kita. Tak kenallah bukan tak tau okey....Setiap kali MAHA diadakan aku memang selalu pergi sana, tak pernah miss tau. Almaklumlah menambahkan ilmu pengetahuan, yelah tampal mana yang kurang. Sesiapa yang tinggal berdekatan rugi kalau tak pergi tau...marilah datang hehe...tolong tambahkan kesesakkan...opppsss tambahkan pengetahuanlah. Memang sesak sikit tadi masa nak masuk parking, so far okeylah...memang berbaloi

Aku kalau boleh, tak mahu Zaqwan jadi macam aku... jakun. Itulah sebab terbesar aku bawa dia pergi sana. Nanti dia dah besar sikit aku ingat nak bawa dia pergi Zoo. Apa pasal? Cuba korang semua bayangkan...anak aku tak kenal ayam hidup...ohhhh tolong...ayam jual kat pasar confirm dia kenal...huwaaa...risau aku. Almaklumlah aku duduk rumah bertingkat, mana nak jumpa ayam. Bila balik kampung, aku tunjuklah ayam yang bergerak tapi tau dia cakap apa? Bukan ayamlah umi...tuu ayam (dia tunjuk atas sinki... ayam). Kalau korang jadi akulah kan...patutnya gelak ataupun menangis? Aku pilih menangis tau...habislah anak aku, tak pasal-pasal jadi anak bandar. 

Kat MAHA tadi Zaqwan seronok aje dapat tengok semua benda...sawah padi, kuda, ikan...ermmm macam-macam lagilah ada. Aku lagilah suka....datang tau rugi kalau tak datang MAHA ni. Sempat lagi, MAHA 2012 bermula 23 November 2012 sampai 2 Disember 2012. Jadi tunggu apa lagi ayuhhh...layanlah gambar mana yang sempat aku snap...bikin panas....

 Aku sekeluarga naik bas ni tadi...seronok...udara segar.








Monday 19 November 2012

Budi bahasa budaya kita...

Tiba-tiba aje hari ni mood berblog aku mencurah-curah (hip-hip horey...tahniah nora!). Aku nak kongsikan satu kejadian yang membuatkan aku rasa nak aje menyanyi kat telinga orang lagu "Budi bahasa budaya kita."



Kejadian ini berlaku pada hari sabtu yang lepas, lebih kurang jam 8 malam, lokasinya pasar malam kampung halamanku. Action....         

Aku : Bang, cencalok ada tak?  (muka dah agak berumur aku panggillah abang)  
                                     
Penjual : Tu cencalok kak...banyak! (nada high note okey....mata si penjual melekap kat tv)     
                
Aku : (Dalam hati sikit sentaplah dengan nada high note tu, muka dia memang kebosanan okey....aku pilih-pilih ambil barang...si penjual buat muka toya...suka hati akulah nak pilih, hak pembeli...dalam hati aku dah angin bila dia angkat lepas tu letak plastik dengan kuat tau...banyak kali okey...apa tandanya tu...bosan? boring? Eh...kau nak berniaga buat elok-elok..karang aku tinggalkan kau terbuntang baru tau. Aku tak lah kejam macam tu, terfikir mungkin dia penat agaknya. Sakit hati tengok perangai dia, aku ambil aje mana barang yang nampak).                        

Aku : Berapa ringgit semua ni? 

Penjual : Bla.....bla..(mata kat tv okey, tangan hulur plastik kat aku, mulut bercakap) 



Aku nak tanya koranglah yang itu namanya kurang budi bahasa ke ataupun kepenatan. Ke aku yang sentap terlebih...memang masa tu nak aje aku sound "dah tau letih..tutup kedai, esok buka balik, muka abang memang tutup rezeki betul." Nasib baik aku banyak bersabar...kalau tak mahu aku sound dia. Memang masa tu aku rasa nak menyanyi melalak-lalak kat telinga dia "budi bahasa budaya kita". Tapi tulah pasal...aku terasa 2x5 macam dia pula kalau buat macam tu. Alkisahnya aku bayar, blah dan aku takkan pergi kedai dia lagi.
 
Aku memang tak cerita kat sesiapa pun termasuklah suami aku...mak sentap okey!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kembalilah.....

Hurrrrmmm....pagi isnin hari ni tetiba aje aku dah terjangkit penyakit "monday blues". Tak pasal-pasal mata aku dah bergenang aje, minda aku pun jauh dah menerawang. Minggu lepas aku mengakulah surat khabar langsung aku tak baca...yang rajinnya melayari internet. Tapi tulah berkat internet jua aku dapat tau berita yang buat mata aku bergenang aje. Sedih bila teringat saudara seislam kita menderita, tersiksa, teraniaya...sadis. Tengok aje gambar anak-anak kecil hatiku memberontak....jangan! Kejamnya...hatiku merintih pilu bila tergambar suasana mereka di sana. Sedihnya..Ya Allah, lindungi mereka dan kembalikan mood diriku hari ini....amin.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday 29 October 2012

Rahsiaku Jua

Pssstttttt....meh sini aku nak kongsi satu rahsia aku. Harap kengkawan terdekat tak kecil hati okey, aku bukan tak mau kongsi tapi tulah...masanya tak sesuai. Bila tengok dah berhasil barulah aku yakin dan pasti nak bagitau rahsia ni (nerves pulak aku...hehe).

Tara...inilah rahsianya yang menjadi amalan pemakanan aku sebulan dua ni.

Apa bendanya tu? Huurrrmmm...dalam bekas jernih yang macam jeli tu namanya pure marine collagen. Manakala dalam botol putih tu pula namanya VCO (Virgin Coconut Oil ataupun Minyak Kelapa Dara). Syukur...alhamdulillah semenjak sebulan dua mengamalkan VCO dan pure marine collagen ni masalah jerawat aku dah makin berkurangan dan kulit aku dah nampak perubahan yang ketara. 

Mula-mula menggunakannya memang aku akui give up juga la. Yelah tak nampak sebarang perubahan, tapi lepas guna seminggu dua mulalah nampak keberkesanannya dan aku terus tabah menggunakan produk tersebut sampai ke hari ni. Kedua produk ni kira macam supplement la bagi aku, perlu di makan setiap hari dengan teratur. Kalau korang semua nak tau aku kan memang kategori pemalas nak sapu losen kat badan. Lemas rasanya losyen yang melekit-lekit kat badan, tapi semenjak makan dua-dua produk ni kulit aku memang bertambah lembut sekarang(sesuailah orang pemalas macam aku ni...hehe). 

Untuk maklumat lanjut nanti aku sambung entri akan datang tentang khasiat dan dari mana nak dapatkan produk tersebut....byee.

Thursday 25 October 2012

Cuti yang tak rela

Hehe tajuk tak leh blah kan. Hurrm aku tak suka tau kalau dipaksa cuti, mulalah mood aku ke laut. Baru berangan nak kumpul cuti bebanyak (tak tamak okey...suka nengok cuti melambak...huhu). Baju pun tak packing lagi , petang nak balik kampung dah. Hurrm...huuarrrghh ni akibatnya bila moody. Mata mengecil, kepala memberat dan fikiran melayang....zZZZ la kejap.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday 13 October 2012

Mimpi vs Realiti

Tambah, tolak, darab, bahagi....hurrrm hampir seminggu lebih aku selsema dengan batuk. Deria bau dengan rasa toksah ceritalah fail terus...tak berfungsi seminggu dua ni. Aku telan je apa yang boleh asalkan tak memudaratkan sistem badan aku.

Aku macam tak percaya aje gara-gara penyakit tersebut tak pasal-pasal aku puasa nasi seminggu lebih. Sampai satu tahap aku rasa sedih dan insaf, apa taknya Allah bagi peringatan untuk aku...ingat golongan kurang makan sebabnya aku terlebih makan sudah sebelum ni. Huhu....tiba-tiba aku terfikir aku mimpi je kot tak makan nasi seminggu  dua ni. Tapi tulah masalahnya ini realiti aku memang tak makan nasi lebih seminggu. Ohh....mungkinkah akanku diet selepas ini?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday 12 October 2012

Aku suka hujan

Seminggu ni hampir tiap-tiap petang hujan turun lebat mencurah-curah. Tetiba aku terdengar-dengar muzik lagu "memori daun pisang" berkumandang dalam minda aku....haha aku sejak kembali bernovel ni mula dah berjiwa-jiwa gitu. Rasa remaja gitu....auuuwww. 

Best wooooo sejak kembali bercintan-cintun dalam novel ni haha...teringat dulu masa studi aku sanggup bersengkang mata untuk habiskan novel "Lagenda Budak Setan" satu malam haha...gigih jer aku (cemerlang, gemilang, terbilang....huhu). 

Dulu aku memang minat hasil tulisan "Ahadiat Akasha", lepas tu zaman beredar sikit aku mula berjinak-jinak dengan hasil tangan "Aisha Sofea". Huurrrmmm...sekarang ni aku belasah aje janji kena dengan jiwa aku. Yelah aku tak suka tau novel sedih, spoil mood aje. Tak pasal-pasal aje aku hilang jiwa raga...haha. Entahlah aku tak tau orang lain kalau membaca terbawa-bawa tak karektornya, kalau aku memang terbawa tau karektornya sampaikan dulu-dulukan ehem ehem...aku boleh nak cari pakwe macam ni lah macam tulah....haha lawak je...hahaa. 

Aku rasalah nak buat mini library lah kat rumah aku, huuurrrmmm...mesti bestkan. Wahhhh....bestnyaaa.....



Wednesday 26 September 2012

Bosan, letih, tension...

Hurrrrmmm....kenapalah gamaknya aku dapat penyakit bosan, letih, tension minggu ni...huh. Rasa nak aje jerit kuat-kuat, tak pun lelap aje mata dan berangan sepanjang hari. Aku tak suka buat sesuatu benda tanpa perancangan dan main redah aje, kemudian hari ambik kau. Tak suka.....

Ada orang kata muka aku sejuk aje bila nengok, haha...padahal hati aku tak sejuk mana pun...tengah berkocak aje sekarang ni. Kebiasaannya aku terapikan diri dengan membaca novel tapi tulah novelnya entah mana (dulu lagi best aku terapi dengan menari...sekarang hehe malas sudah). Terpaksalah aku mengooggle novel sekarang....okeylah babai.


Monday 17 September 2012

Sayang Anakku Sayang






Aksi apa? Haha...aksi paksa rela. Sekali...ambil kau umi....tergezut aku tetiba budak kecil ni pandai pulak 'protes' macam ni sekali. 

Kenapa? Haha...mana aku tak angin..tengah aku syok-syok melayan Oh My English tetiba dia menyanyi-nyanyi (lebih pada terjerit-jerit) depan tv (aku tau dia suruh tukar channel ceria, saja buat-buat tak faham....haha). 

Letih aku cuti 3 hari asyik tengok kartun je siang malam (berebut tau nak tengok tv dengan dia). Jadinya bila dia bergerak je cari mainan, apa lagi aku pun tukarlah. Suami aku menggeleng tengok perangai aku, apa taknya dengan anak pun nak berebut channel tv gamaknya. Huurrrrmmm......aku bila kena macam tu malulah hehe...terus tukar channel. Haha...sempat buli budak kecil ni tapi tulah tak pasal-pasal aku yang kena balik. Huaaarrrrghhhh.....



Sunday 16 September 2012

Terlebih Sudah


Nampak tak siapa itu....huuurrrmmm....dua tiga hari ini aku nak cerita pasal budak kecil yang bernama Zaqwan. Kenapa? iyalah...banyak 'songeh' tau budak ni.  

Dia tengah buat apa? haha...membaca dan tenung surat khabar tu. Bagus memanglah bagus tapi hasil rampasan dari tangan aku, awal pagi cari pasal ek. Ecewah hehe....sekarang ni memang dia rajin mengusik aku (alaa...semenjak aku kuarantin mainan dia). Suka sangat cari pasal dengan aku....huurrrrmmm nak kena ni. Ggggggrrrrr....terlajak perahu boleh aku undur, terlajak cari pasal terimalah akibatnya umi.... 


Zaqwan Oh Zaqwan

Dua tiga menjak kebelakangan ni  anak kesayanganku dah mula keluar perangai mengada-ngada dia. Bila aku 'main mata' ataupun mula jadi 'tarzan', pandai pula dia....ommi, zaqwan buat bla bla (sambil tersengih-sengih). 

Sudahlah dia tolong 'mengemas' bagai rumah, mainan dia tak payah cakaplah...haha aku campakkan aje dalam plastik hitam bila main tak pandai kemas balik...aku bukan mak yang kejam okey, mainan tu aku simpan dalam stor tau. Bayangkan mainan dari dia kecil sampailah umur dah nak masuk 3 tahun ni, berapa juta mainan dia. 

Yang kelakarnya mainan yang dalam plastik sibuk ditanyanya....ommi, zaqwan nak bla bla (aku buat muka blur....ambil kau, serapah aje mainan). Bila aku tak layan...tiba-tiba...ommi, cantiklah langsir ommi, cantiklah gambar bla bla (haha...nampak tu dia syko aku....ewah kalah bapa kau). Aku pun mulalah mukadimah aku (bukan cairlah)....umi bagi mainan ni lepas main kemas balik, masuk bakul...okey ommi, terima kasih....sayang ommi (aku risau betul dia jadi mat bunga...ayah kau dulu tak gitu tau). 

Hurrrmm....janji zaqwan dekat  mulut aje...apa lagi terpaksalah aku guna ugutan rotan...baru kau tahu umi kau ni hati kering. Terpaksa okey kalau tak naik lemaklah.      



Layan jelah gambar dia....maaf kualiti gambar kurang memberangsangkan....model duduk tak mau diam....




Published with Blogger-droid  v2.0.6

Friday 7 September 2012

Aku bosan

Hari memang terasa penuh kebosanan melanda. Pertama kali dalam sejarah aku rasa bosan hari jumaat. Kebiasaannya jumaat adalah hari yang ku tunggu tapi hari ini aku bosan. Main game la, bertwitter la, berfb bagai tapi aku masih bosan. Okey aku cuba tutup mata...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday 1 September 2012

Aku lupa....

Huhu....aku lupa lagi, ingatkan penyakit lupa ni dah lari dari aku. Harus jadi bahan ni kalau cik reena tau ni...haha.

Lupa apa? Aku kan dulu-dulu selalu tau terlupa password untuk email ke, mayban2u ke, laman sosial dan apa-apa jelah yang memerlukan password. Bukannya apa dulu aku suka guna password yang berbeza bagi setiap website tulah pasal rajin terlupa. Sampai pernahlah kena block dan terpaksa buat email baru. 

Sekarang aku memang guna password yang sama untuk satu ataupun dua website bagi memudahkan urusan menjejak ingatan hehe....tapi itulah masalahnya dalam berjaga-jaga aku terlupa jua password nan satu ni. Tambahan pula jarang buka laman sosial ni, lagi la payah menjejak ingatan aku untuk password yang satu ni. Huhu...aku terlupa password  TWITTERku. Macam mana nak buat ni... 




Friday 17 August 2012

Salam lebaran

Salam lebaran buat semua....ampun dan maaf dipinta jika ada terlanjur bicara sepanjang aku berkarya di sini. Berhati-hati di jalan raya, ingat yang tersayang.


Monday 13 August 2012

Sakit sudah...

Mak....sakitnya. Akibat terlebih syok menggoreng tak pasal-pasal minyak cium tangan aku. Huurrm...(mood berangan sambil menahan sakit yang amat). Yang penting siap sudah popia nestum aku. Taraaa.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday 12 August 2012

Misi kedua berjaya

Syukur...penat dan lelahku membuahkan hasil. Misi ketiga akan bermula...bersemangat hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday 11 August 2012

Berjaya......

Syukur alhamdulillah, akhirnya impianku tercapai...balang pertama yipiee...okey jom sambung...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday 3 August 2012

Cuaknya

Hurrrrrm...hai semua.....
Macam mana persiapan menyambut Aidilfitri? Okey. Syukur alhamdulillah. Sebenarnya aku yang tak ready lagi untuk persiapan menyambut Aidilfitri. Cuak pula rasanya bila tengok kalendar, gulpp...tinggal lagi kira-kira 2 minggu je nak raya. Ohhhh...banyak benda tak settle ni. 

Bertenang....tarik nafas, hembus...tarik nafas lagi, hembus....fuhhhhh bertambah panik lagi ada. 
Apa yang tak siap? 
Hurm aku la orangnya suka buat semua persiapan raya dalam bulan Ramadhan...kan dah kelam kabut...
Hehe, tapi kan takkan nak buat kueh raya dalam bulan Rejab ke Syaaban...betul tak? Boleh...oh maafkan saya...saya cuba lagi. 
Baju...ohhh boleh juga...yelah salah saya....

Okey tahun depan saya cuba lagi buat persiapan last minute...ahaks.....byee..

Sunday 22 July 2012

Bertambah lagi usiaku...

Terima kasih kepada semua sahabat yang mengucapkan selamat hari lahir padaku. Moga termakbul doa dan harapan kalian semua...amin. Mengikut cerita bonda yang tersayang aku dilahirkan pada bulan ramadhan jua pada tahun 1981...lama sudah aku menanti sejarah berulang. Syukur tahun ini merasa jua aku. Moga ramadhan memberi seribu kerahmatan dan dipanjangkan usiaku...amin.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday 21 July 2012

Mencari, Membaca dan merealisasikan....

Menjelang ramadhan aku kebiasaannya sibuk memanjang....sibuk apa? Hehe....cari resipi lah apa lagi...dari kueh, lauk pauk, biskut raya sampailah ke resepi kek....hehe aku dah lali diperli rakan sekerja. Apa taknya mencari beria-ia tiap hari. Membaca tak payah cakaplah...berjuta kali...tapiiiii bab merealisasikannya hehe entah lah bila agaknya.
Aku kalau sambil memasak tengok resepi berserabut rasanya. Yelah sebelah pegang kertas yang lagi satu pegang sudip. Aku memang tak selesa takut kureng dari segi rasa....bukan tak mahu tau tapi risau kualitinya...hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday 20 July 2012

Terkenang Nostalgia Ramadhan

Salam semua...tak sabar rasanya nak berpuasa esok hari. Bila Ramadhan menjelma kembali....terimbau kenangan diminda kini...haha...

Mak ayah aku memang tegas orangnya dalam bab agama. Ayah aku lagi la bekas askar lah katakan. Teringat lagi dulukan tak hafal doa qunut punya pasal aku dengan abangku (along) harus berdiri tegak sampai ke tengahari, mak langsung tak bersuara...maknanya jangan harap la kau nak dapat belas ihsan. Masa tu aku tadika la kalau tak silap (along darjah tiga) dan akhirnya ayah ajar kami baca doa qunut dan sila lah teruskan solat subuh anda...hahaa...

Bila nak berpuasa esok aku teringat la zaman kanak-kanak dulu, semua tak  terlepas kan belajar berpuasa dari kecil...tak silap aku mula berpuasa masa tadika. Tapi biasalah, puasa budak kecil...puasa setengah hari jelah. Aku pernah tau  bila dahaga sangat haha masuk bilik air, apa lagi minum air paip lah jawabnya , mak ayah aku kalau tau mati la...(harap sangat Zaqwan tak ikut jejak aku). Aku mula puasa penuh seingat akulah masa darjah dua ataupun tiga. Menyesal pun ada tak puasa penuh dulu...sekarang ni nak dapat puasa penuh jangan haraplah ada kesempatan...almaklum lah orang perempuan. Lumrah wanita...hehe.

Salam Ramadhan buat semua....moga Ramadhan kali ini menjanjikan Barakah buat kita semua...

Thursday 5 July 2012

Leganya...

Mandi tak basah, tido tak lena, makan jua yang kenyang (tak makan nanti tak boleh fikir  betulkan)...hehe...Syukur alhamdulillah saat-saat berjuang dah berakhir....yelah letih tau jari jemariku memegang pen. Macam nak kecut jari aku, lenguh tak yah cakap la, rasa nak tercabut pun ada, rasa pen nak melekat terus kat jari pun ada haha...yang penting aku  lega semuanya dah settle. Moga keputusannya seperti yang sentiasa aku doakan..amin...aku redha YA ALLAH.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 4 July 2012

Misi bermula

Jaaallannnnn.....jalan-jalan cari tadika. Risau ni dah bulan 7 tapi belum settle lagi tadika untuk zaqwan. Adalah 2, 3 tadika aku survey tapi harganya...hehe wow class kau jah...agak-agak dah malas nak survey lagi mungkin aku daftarkan jelah zaqwan dekat tadika tu. Hurrrrmmm...demi masa depan zaqwan aku akan jalan-jalan cari makan opppsss cari tadika. Demi zaqwan, umi akan survey jalan lagiii...hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 28 June 2012

Cuak...Risau...Panik...

Ape khabar semuaaaa?  
Sihat...
Alhamdulillah...saya? 
Hurrrmmm...segala macam rasa ada...cuak, risau, panik. 

Kenapa? 
Ngrrrrr....buku belum baca lagi minggu depan nak exam, kalau OMR boleh gak main dadu...ni esei nak buat macam mana.....tolongggggg....
Apa dia!...baca sekarang..
Otak dah blurlah...bila baca bertambah panik...cuak lagi ada..makin tak faham jadinya...

Agaknya kalau rebus semua buku exam  lepas tu minum air rebusan tersebut...haha...confirm lulus cemerlang...
Ape dia nak ikut! aku bukan bagi petua okey...i'm just kidding, jangan buat aku tak tanggung sebarang risiko...hehee

Jommm...mari membaca....harap-harap okeylah...please pray for me.....

Friday 22 June 2012

Terharunya....

Bulan depan kan hehe hari lahir aku...sebulan lagi kan, lambat lagi! ...yelah  saya tau tapi aku dapat dah hadiah hari lahir semalam...dari siapa? jeng...jeng...tadaaa...


Terima kasihlah Dato' Seri...cantik sangat....terharunya...hurrrrm bilalah agaknya nak dapat bunga, sekuntum bunga ros pun jadilah...

Wednesday 20 June 2012

Azam Bulan Ramadhan...

Hurm....lama sungguh tidak bertemu....tadaa.....

Tiap-tiap tahun setiap kali nak menjelang bulan Ramadhan aku selalu berazam....tahun ni tak payahlah beli kueh raya, aku nak buat sendiri...kan best dapat bagi sebekas dua kat mak dengan mak mentua kat kampung hasil air tangan sendiri.

Dulu masa aku kecil, mak memang ambil tempahan kueh raya tapi sekarang ni tak pasti pulak aku...almaklumlah anak-anak perempuannya semua dah berhijrah. Seronok tau masa tu...mak mesti siapkan tempahan orang dulu barulah buat untuk rumah sendiri. Kebiasaanya mak ajak buat kueh hari sabtu dan ahad tapi mesti lepas sahur...haha sebabnya takut biskut kena telan kalau buat lepas berbuka....hehe...aku betul-betul rindu nak buat kueh raya sendiri...lain perasaannya tau bila tengok botol kueh raya tersusun hasil air tangan sendiri....agak-agaknya berjaya tak Ramadhan tahun ni.... 

 

Thursday 7 June 2012

Exam oh exam....

Iya...betulllllllll!!!

Perkara yang paling aku benci dalam dunia ni semestinya exam. Aku tak suka membaca buku-buku yang beratus muka surat yang semata-mata memerlukan jawapan kepada soalan exam cuma 2 ataupun 3 perenggan. Dulu zaman studi aku suka mendengar syarahan lecturer dalam class daripada mengulangkaji ataupun membaca buku. Kebiasaannya aku terjemahkan kembali syarahan tersebut dalam bentuk peta minda ataupun nota yang mudah aku fahami bila tiba musim-musim kebencianku....ohhhh exam

Kalau disuruh memilih antara buku dan novel...tutup mata pun aku boleh bagi jawapan...semestinya novel. Jiwaku hidup jika bersama novel tanpa perlu menghadiri class ataupun tutorial...siap boleh bagi keyword yang penting beserta ulasan yang menarik...hehe.

Tapi exam kali ini amat penting bukan seperti zaman dulu....aku boleh dan mesti mengulangkaji seawal mungkin....iya AKU BOLEH!!! 

Thursday 31 May 2012

Aku Bukan Sempurna

Lama sungguh aku tak meng'update' blog...bukan kekeringan idea okey tapi masalahnya ke'tepuan' idea...banyak sangat nak dikongsi dan diluahkan...akhirnya begini lah jadinya...tersimpan rapi diminda dan dihati.

Aku nak kongsi sikitlah padangan aku tentang ada satu lah  'laman sosial' ni, yang bagi aku sejak-sejak akhir ni mengundang persepsi yang kurang menyenangkan kat aku...senang cerita NEGATIF. Kalau yang masih bujang ataupun single...aku boleh terima tapi kalau yang dah berkahwin...aku rasa eloklah muhasabah sikit diri (aku bukan sempurna okey tapi aku akan cuba sedaya mungkin tidak mendedahkan hal peribadi). Aku bukan cemburu okey tapi rasa malu sebagai pembaca, teman, sahabat dan seanteronya lah. 

Kita bukan artis okey jadinya berfikir dahulu sebelum jejari bertindak...hal dalam kelambu janganlah didedahkan sesangat simpan aje dengan NYAMUK....ADIOS...aku bukan sempurna juaaaa...betullah tindakan jiranku...haha...

Monday 21 May 2012

Kerana Dia...

Tahniah HAFIZ kerana menjadi juara MANIA PERTAMA!



Berakhir sudah MANIA...lega akhirnya Hafiz menang. Rezeki dia..."tuah ayam nampak kat kaki, tuah Hafiz pada suara"....hehe..

Sebenarnya dulu aku memang tak minat Hafiz ni tapi Zaqwan punya pasal  dengan aku pun berjangkit sekali. Zaqwan suka sangat dengan lagu Awan Nano, memang kusyuk sangat dia kalau dengar lagu ataupun tengok klip video Awan Nano. Kalau tengah main tiba-tiba lagu ni berkumandang harus dia berhenti dan memberikan tumpuan...aku pun pelik apa ada pada Hafiz yang membuatkan anak kecilku tertawan...agak-agaknya kalau aku nyanyi dia bagi tumpuan tak?...nanti aku nak cuba hehe...bermula saat aku temankan dia tengok Hafiz hari-hari maka aku pun terminat  kat Hafiz. Apa pun tahniah HAFIZZZ...




      
 














 

Thursday 10 May 2012

Aku Seorang Surirumah??????

Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya


Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya


Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati


Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku

Ohhhhhh kerana MATA...duniaku berubah seminggu yang lalu....puncanya...aku terkena sakit mata...serius beb MERAH macam Maya Karin dalam filem Puntianak Harum dot.. dot...tak pasal-pasal aku jadi seorang surirumah seminggu yang lalu.

Siap boleh berangan lagi tau, kalau lah aku jadi surirumah sepenuh masa agak-agak meroyan tak aku?...OHHHH TIDAKKKKK....boring gila duk umah...dah la tu tiap-tiap hari aku kemas rumah, masak lauk bagai puncanya aku BOSAN okey. Dah la kena kuarantin mau tak bosan. Aku betul-betul respek la dengan surirumah sepenuh masa. Aku seminggu pun bagai nak gila cari macam-macam kerja bagai kalau bertahun ohhh tidakkk....

Jadinya aku berpendapat yang aku amat-amat ditakdirkan menjadi seorang wanita yang berkerjaya....tapi kalau dapat MC lagi aku okey jekk...

         

Thursday 26 April 2012

Menghitung hari


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Serius aku tak sabar-sabar untuk bercuti kali ni. Harus diakui memang agak memenatkan la percutian kali ni sebabnya banyak destinasi yang perlu disinggahi. Namun demi yang tersayang terpaksalah aku tempuhi jua dan korbankan cuti tahunanku yang makin berkurangan. Aku harus bijak merancang cuti kalau tak naye tahun ni tak pasal-pasal aku jadi penunggu opis bila orang balik beraya....huarghhhh...tak sanggup aku.

Dulu masa bujang aku amat-amat teruja bila nak balik kampung. Siap ambil cuti tambahan tiap-tiap bulan agar boleh aku bermalasan-malasan di kampung...best giler beb. Teringat lagi dulu kitaorang(teman serumah) harus berlumba-lumba menambah cuti untuk berlama-lama di kampung (dulu mewah beb  cuti ). Terimbau kenangan lama...

Aku haraplah dan berdoa agar percutian kali ni berjalan lancar, dirahmati dan sentiasa diberkati oleh Yang Esa....Aminnnn....

Thursday 19 April 2012

Tersentuh Naluriku....

Zaqwan oh Zaqwan, kau buat umi terharu yang amat sangat sayang. Sejak hari isnin aku tinggal berdua dengan dia. Macam-macam betul ragam dia, dah la asyik nak berkepit aje dengan aku...manja...sampaikan aku nak masuk bilik air pun nak diikutnya sekali. Comel aje perangainya...ape pun aku sayang kat dia.

Macam-macam peristiwa bila tinggal berdua dengan dia dan salah satu peristiwa yang benar-benar menyentuh naluriku....

Situasi semasa Makan malam di meja makan

Zaqwan  : Umiiii...tumpahh (dia makan selalu berserapah)

Aku       : Tak pe nanti Zaqwan kemas (kebiasaannya aku jawab nanti umi 
                                                                  yang  kemas...saja nak usik dia)

Zaqwan  : (Tersenyum-senyum) Zaqwan kemas...hurrrmm okeyy..

Tengah aku syok mengunyah tiba-tiba dia bangun dari kerusi dan nak turun.

Zaqwan   : Umi...dah sudah...tangan (dah sudah makan nak cuci tangan)

Aku         : Jommm...

Sambil berjalan turunkan dia ke bawah lepas cuci tangan...
 
Zaqwan    : Umiii...kain burukk...

Aku pun bagilah ingatkan dia nak lap tangan....rupa-rupanya dia pergi lap tempat makan dia tadi yang berserepah. Tak sangka dia buat apa aku cakap tadi . Terus aku peluk dia...terharu sangat...sayang anak umi... Tapi lepas tu biasalah kain buruk tu dah jadi mainan dia...bertuah betul diaaa..

  








  

Tuesday 17 April 2012

Aku Tak Biasa...Sungguh.....

Aku Tak Biasa

Mungkin diriku harus pergi
Selamanya darimu
Atau ku harus mengakhiri
Cinta ini kepadamu

( 1 )
Kini cintaku telah kau bagi
Tak sanggup ku hadapi semua ini

( korus )
Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Ku cuba untuk terus berlalu
Dari hatimu namun tak bisa
Bayangan itu sering mengganggu
Dari tidurku, ku menangis

Aku tak biasaaa...percayalah...dulukan semua benda boleh jer aku wat sendiri (independent women lah katakan) tapi sekarang ni dah macam anak ayam kehilangan mak pulak...patah kaki beb kalau buat semuanya sorang-sorang sekarang ni. 

Teringat dulu masa mula-mula dapat kereta, mak ajak pergi melawat adik aku kat Kolej Matrikulasi Tangkak. Walaupun dalam hati ada taman tapi dengan semangat berdikari aku redah jer kancilku yang comel melalui highway dan akhirnya alhamdulillah selamat pergi dan balik (penah sesat tau hampir-hampir sampai JB). Tapi tu dulu sekarang aku dah jarang memandu sejak-sejak ada driver opps...maafkan saya, bila suruh pegang stereng balik dalam hati ada taman kembali (insyallah aku mesti yakin kalau tak naik bas la jawabnya aku dua beranak).

 Hurrrmm...layan la lagu di atas jiwaku kacau...lambatnya hari khamis....

 

 

Thursday 12 April 2012

TABIAT BURUK? MAMPUKAH AKU MENGIKIS...


Alamak!! Habislah…tak pasal-pasal anak aku pun terikut sekali tabiat burukku. Banyak kali dah aku cuba control  ataupun elakkan tabiat ni supaya tak kena kat dia tapi dalam berjaga-jaga terkena juga dia.

Heehee….apa tabiat buruk aku…GIGIT KUKU. Itulah tabiat buruk aku dari kecil sampai la sekarang. Banyak kali mak aku marah, tapi tiap kali menonton cerita aksi ataupun seram maka makin lajulah aku menggigit kuku. Takpun tiap kali tengah berfikir ataupun tension maka secara sedar ataupun tidak sedar kuku aku pasti berada di dalam mulut. Banyak kali dah mak aku sound  tapi...aku pasti akan ulang kembali tabiat tersebut. Sekarang ni kalau dia sound  lain dah nadanya dah ada anak pun gigit lagi. Bukannya aku tak tau bahayanya tabiat tersebut yang akan memberi kesan pada akar kuku dan mulut tapi tulah rasa macam satu keperluan pulak tabiat tu (kuku aku bersih okey) .

Aku ingat lagi dulu masa kecil, bapa saudara aku mesti pegang ataupun tahan tangan aku dari memasuki mulut. Sampai la ke zaman remaja dia masih begitu tapi anak sedara dia ni masih kebal tabiatnya. Lebih-lebih pun dia sound  je gigit kuku kerjanya, sedap sangat la tu.

Kekadang tu masa kat tempat kerja bila tengah memikirkan sesuatu secara automatik tetiba jer tanpa sedar aku dah mula mengigit kuku. Tindakan luar kawalan okey...dah terbiasalah macam mana.  

Yang amat merisaukan sekarang ni aku dah ada pengikut (main-main pulak dushhh!)...hurmmm aku harus mencegah anakku mulai dari sekarang. Yelah dah jadi macam aku payah....jaga lah kesihatan kuku dan mulut anda.     

Friday 6 April 2012

Masalah Lama Kembali Melanda


Tidakkkk…aku fobia bila masalah ni menjelma kembali. Adakah ianya faktor usia? Pemakanan? Ataupun penjagaan? Huwaaa...buntunya...arghhhh...opppsss..adakah aku stress ?

Ohhhh...JERAWAT kau buat aku buntu kini...aku memang dah lupa beb dulu aku guna ubat jerawat jenama ape ntah untuk hapuskan kau. Dulu masa zaman sekolah jerawat tu bukan masalah utama aku tau tapi sunburn (zaman sekolah aku aktif berjemur kat padang tapi bukan bersukan tau, aktiviti persatuan). Bermacam-macam produk kecantikan aku gunakan untuk hilangkan sunburn masa tu. Aku rasa hampir semua produk dah aku guna kan masa tu tapi....gagal. Adalah satu produk aku gunakan dan maintain  tapi lain pulak halnya...jerawat. Bermula dari situlah kulit aku mudah berminyak dan berjerawat. Bermacam-macam produk dah aku gunakan tapi ntah la jadi balik sunburnnya. Hurmmm...masa tu student kan mana mampu beli yang mahal-mahal jadinya bila ada kawan-kawan  promote dan dia dah gunakan, aku dengan yakinnya akan bertukar (bukan tukar sebarangan okey).

Sekarang? Hehe..biasalah atas saranan seorang rakan, aku masih kekal menggunakan produk ni tak silap aku 4 ataupun 5 tahun juga lak tapi tulah nape tah berjerawat balik jadinya kulit aku. Bukan la banyak pun tapi kecut satu pastu tumbuh lagi satu. Dulu aku rajin gak bermasker ataupun berscrub sekarang ni hehe...adalah sikit penyakit malas (aha ek sebab ni kot).    

Nampaknya kenalah aku intai-intai balik farmasi ataupun kedai singsei untuk cari balik ubat jerawat yang aku dah lama lupakan tu. Harap-harap jumpa lah dan terhapuslah masalah ni....insyaallah..

Wednesday 4 April 2012

RUNSING

Sejak akhir-akhir ini aku teramat runsing dengan berat badanku yang semakin hari makin bertambah…argh tension dibuatnya...aku teramat-amat fobia melihat alat ini sekarang…..

Kepasifan aktiviti hariankah menjadikan aku begini…yelah aku mengaku selepas bersalin aku malas bersenam dan berjogging. Adalah dulu sekali dua aku bersenam tapi godaan melepak depan tv lagi kuat jadinya bertambah-tambah la lemak tepu aku. Dulu aku jarang mengambil makanan berat di malam hari tapi sejak-sejak nak tambahkan berat badan anak aku tak pasal2 aku pulak yang terkena sekali (alasan kuat okey!).  

Aku pernah control makan tapi tulah tak pasal-pasal datang balik gastrik aku. Wajarkah aku menggunakan produk-produk pelangsingan yang banyak terdapat di pasaran (yang mana satu pulak sesuai). Sebenarnya aku teramat takut kesan sampingan produk-produk tersebut. Tapi…bila lihat gambar-gambar pengguna yang berjaya aku bersemangat semula. 

 Jeles lahhhh...

Ke manakah hala tuju ku…ke sini kah?  


Ataupun sini?…

Berkesan ke guna yang ini?...

Yang inikah?

Dan ini ke?...


Aku buntu....



Dannnn....aku ambil keputusan begini...

Thursday 29 March 2012

Idaman Kalbu

Yang mana satu
Idaman kalbu
Tidak tertahan
Menanggung rindu
Mungkinkah jauh
Berbatu-batu
Atau di balik
Awan yang biru

Terkejut aku dibuatnya sekarang ni..harga rumah dua tiga menjak makin meningkat berganda beb. Kalau macam nilah gamaknya...mau aku duk kuarters jek sampai ke pencen. Dapat je ganjaran terus sambar rumah idaman (hurmm...macam manala rupa aku time tu...60tahun la katakan...)...bagus gak idea tu. Ohhh...tak boleh gak gitu bila difikir-fikirkan sekarang pun harga rumah teres setingkat dah cecah RM700K mau sok zaman aku pencen cecah RM200M...gulp tak ke haru dibuatnya kami anak beranak tak pasal-pasal merempat

Adalah sorang dua orang berpengalaman nasihatkan aku beli jek mana-mana rumah yang berkenan, memang hujung bulan perit janji dapat rumah. Kalau sok-sok dah meningkat berganda mau melopong. Termakan gak dengan jampi serapah diorang maka aku pun mula mensurvey rumah.

Bagi yang dah ada rumah idaman tahniah dan bagi insan-insan terpilih macam aku jom layan ada tips serta panduan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 
·          Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
§        Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
§          Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
·          Kenal Pasti Jenis Rumah
·          Status Tanah
·          Maklumat Brosur
·          Bayaran Pertama
·          Faedah Yang Dikenakan
·          Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
·          Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
·          Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
·          Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
·          Tempoh Pemilikan Kosong
·          Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
·          Bayaran Gantirugi
·          Tempoh Liabiliti Kecacatan
·          Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi

Untuk keterangan lanjut sila layari laman www.kpt.gov.my

Semoga bertemu rumah idaman anda...jom layan rumah idamanku.......


 Aku suka rumah gini...mampu ke nak beli tanah hehe


 Rumah macam ni okey gak...yang ni pun guna tanah hurm...

 Yang ni lagi okey kot...sila lah berangan...