Kau yang satu

Wednesday 11 June 2014

Pengajaran Buat Aku......

Pengajaran yang amat berharga dan peringatan jua buat kawan-kawan semua. Kisah pengajaran ini berlaku semalam. Gara-gara terlewat menyedari kasut sekolah Zaqwan rosak. Aku dan husband berkejaran ke Shopping Mall yang berdekatan kira-kira jam 9 malam. Oleh kerana Shopping Mall hampir tutup, aku dengan rela hati menyuruh husband menurunkan aku dan anak-anak di hadapan Shopping Mall sementara husband aku mencari parking yang berdekatan. Disebabkan takut Shopping Mall tersebut hampir tutup aku bergegas mencari kasut yang sesuai buat Zaqwan. Bagi aku yang penting ada saiz kasutnya, corak tak penting dalam keadaan kritikal. Tiba-tiba dalam kekalutan aku mencari kasut Zaqwan, sambil mendukung Zaheera yang sedang tidur. Seorang wanita menyapa "meh akak dukung anak awak, kesian dia"(tangan kakak tu memang dah pegang Zaheera). Aku dalam keadaan tak sedar berkata "kak, anak saya kalau tidur beralih bahu mesti terjaga ni"(dengan nada yang tinggi sambil tak memandang kakak tersebut). Memang tak sengaja bercakap dengan nada yang tinggi dengan kakak tu. Bila dia mengekori kami anak beranak dan masih memandang kami bertiga, aku cepat-cepat mencari kasut dan mengajak Zaqwan turun ke tingkat bawah. Masa turun ke tingkat bawah, terserempak dengan husband aku yang tengah mencari-cari kami. Aku pun ceritalah kejadian tadi, tak semena-mena husband aku bertanya " staf sini ke?". Aku baru tersedar sambil menjawab " bukan". Memang berderau darah aku dan terkejut. Macam baru tersedar. Apa-apa pun syukur Ya Allah...tiada kejadian buruk yang terjadi. Memang aku perlu berhati-hati lepas dan jangan terleka walau sedikit pun. Seandainya niat kakak tu baik, aku minta maaf kerana bercakap dalam nada kasar dan sekiranya sebaliknya insaflah wahai kakak. Anak-anak saya adalah harta yang amat bernilai dalam kehidupan saya sejak bergelar seorang ibu. Bergenang air mata aku bila teringat kisah semalam...

Saturday 21 December 2013

Letih, Penat, Ngantokkk

Salam sayang semuaaaa...

Sekarang ni semakin dekat dengan tarikh jangkaan bersalinku, sindrom trimester pertamaku berulang kembali. Penyakit letih, penat dan mengantok mula hinggap kembali. Dugaan...aku percaya ini ujian kecil dari Yang Esa buat diriku...bersabarlah....

Bermacam rasa inginku kongsi tapi sampai disini sajalah buat kali ini....
  

Tuesday 3 December 2013

Dapurku Kembali Bernyawa

Salam sayang semua...semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya. 

Kenapa tajuk entri sebegitu? Hehe sebabnya sebegini....sejak disahkan berbadan dua bulan mei yang lepas tetiba je tau (bukan sengaja yer!), secara automatiknya penyakit mabuk aku pun bermula (sama kes masa mengandungkan Zaqwan dulu). 

Mabuk apa? hurrrmmm aku tak boleh bau tumis-menumis, goreng-menggoreng ataupun senang ceritalah bau-bauan masakan. Hidung aku memang sensitif dan peka yang amat terhadap bau masakan. Kalau bau masakan tu melekat kat baju yang aku pakai maunya aku sembur perfurm berjuta lemon untuk hilangkan bauan tersebut. 

Orang yang tak pernah alaminya mesti anggap mengada-ngada betul aku ni kan. Lepas itu mesti bertanya, masak macam mana? Hahaha..aku memang tak masak langsung sejak bulan mei yang sudah. Berbulan-bulan aku makan masakan kedai sampai satu tahap rasa nak muntah pun ada, iyerlahkan mana tahan siang malam makan makanan kedai. Sampai satu tahap aku duduk dalam bilik sorang-sorang menangis tau tak, bukan apa mengenangkan nasib nak makan air tangan sendiri tapi itulah bau masakan boleh buat aku macam nak migrain saja, inikan pula nak memasak. 

Mengandung kali ini Allah memang uji betul aku sebabnya sampai dah masuk 7 bulan pun aku masih tak boleh memasak (masa Zaqwan dulu masuk 5 bulan jer aku dah okay). Memang sedih betul rasanya tapi suami aku memang banyak bagi kata-kata semangat...haha nak tau dia cakap apa? Salah satunya dia cakap Allah nak hapuskan dosa aku, jadinya Dia uji sebegini kat aku. Hurrrmmm....mula-mula dengar rasa macam rasa kena perli jer, yelahkan banyak ker dosa aku? Bila dah hari-hari dititipkan kata-kata sebegitu, aku muhasabah diri dan berfikir kata-kata suami aku, ada betulnya. Kita hambanya yang kerdil di bumi ini mustahil tiada dosa. Jadinya aku pegang kata-kata tu buat penguat semangat sampailah minggu lepas tiba-tiba aku rasa bauan masakan amat mengujakan dan aku tak berlari menyorok ataupun tutup hidung. 

Syukur Alhamdulillah Ya Allah, aku sujud syukur pada-Mu. Akhirnya aku boleh memegang sudip dan senduk kembali. Walaupun masakan aku tak sehebat Chef Wan ataupun Master Chef yang penting hasil air tangan aku amat dihargai oleh suamiku dan Zaqwan bila aku mula memasak kembali. Huurrrmmm seronok bila tengok peti ais dah penuh kembali. Lepas ni bolehlah aku kembali mencuba segala bagai resipi kat blog che mat gebu. Hoooyeeehhhh!!!!!!

Monday 2 December 2013

Majlis Sambutan Hari Lahir Zaqwan

Syukur alhamdulillah, lega rasanya dapat tunaikan impian Zaqwan untuk majlis sambutan hari lahir dia. Hurrmmm...penat lelah aku dengan cik abang sayang selama hampir sebulan berbaloi jua bila tengok Zaqwan gembira. Penatnya macam nak terima menantu pula rasanya...haha. 

Segala persiapan semua aku lakukan bersama dengan suami tersayang. Bahkan beg kertas untuk mengisi 'door gift' semuanya hasil karya aku sendiri tau. Jangan tak percaya! Puncanya setelah penat aku 'survey' dari satu kedai ke satu kedai, bahkan dekat online pun aku 'survey' tapi itulah semuanya tak memenuhi kehendak dan kriteria aku. Makanya dengan satu tekad dan azam demi Zaqwan, aku merajinkan diri sendiri memerah idea dan tenaga untuk merealisasikan impian majlis sambutan hari lahir Zaqwan terlaksana. 

Tema majlis sambutan hari lahir yang dihajatkan oleh Zaqwan tak lain tak bukan Ultraman, memang watak kartun yang amat dia minatilah. Okeylah apa kata layan dulu gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Zaqwan di tadika.

'Birthday boy' dah teruja tengok dia dapat ultraman..


 Kawan-kawan Zaqwan pun dah teruja bila masing-masing dapat kek...


 Cikgu sibuk mengagihkan kek bila selesai acara memotong kek...


  Nampak tak tu tetiba jer aku dapat anak lagi sorang...haha berebut nak potong kek dengan Zaqwan, cuba tengok tu dari mula dia memang dah 'excited' terlebih...


 
 Beg kertas hasil air tangan aku dan suami...

Kek Ultraman (air tangan kak ewin) yang membuatkan semua kawan-kawan Zaqwan tak senang duduk...haha...terima kasih tak terhingga buat Kak Ewin... (kalau berminat boleh 'add' kak ewin kat fb love cute cake

Hadiah yang tak seberapa daripada umi dan ayah buat Zaqwan...



Semoga Panjang Umur Sayang...

Kini terimbau kembali kenangan silam...empat tahun yang sudah aku dimasukkan ke hospital dengan segera, gara-gara disyaki menghidap 'preeklampsia'  semasa 'chek up' pada 1 Disember 2009 di Klinik Kesihatan. Syukur alhamdulilah....perjuanganku diiringi doa restu semua dan lahirlah anak kecilku Muhamad Zaqwan ke dunia ini. 

Hari ini 2 Disember 2013, maka genaplah 4 tahun umur anakku Muhamad Zaqwan. Segala pengorbanan dan jerih perih membesarkannya terpahat segar di ingatan. Umi sayang Zaqwan, semoga membesar menjadi anak yang soleh sayang, beroleh kejayaaan di dunia dan akhirat, berketerampilan dan berperibadi yang membanggakan umi serta ayah dan semoga dirahmati dan dilindungi Yang Esa sayang. 







Sunday 1 December 2013

Kenangan Bakal Berulang Kembali

Hai semua...kenapa dengan tajuk? Apa yang bakal berulang? 

Hehe...4 tahun yang sudah tanggal 1 Disember 2009, aku tidur dalam suasana yang berbeza. Terimbau kembali kenangan silam yang masih terpahat dalam ingatan. Perjuangan perlu diteruskan demi satu nyawa, satu gelaran dan demi insan yang tersayang. Namun perjuangan ini bakal berulang kembali di bulan Februari. Lindungi dan rahmati aku Ya Allah....

Biarkan Ia Pergi

Holla...apa khabar semua? Sihat tak? Kalau tak sihat cepat-cepat jumpa doktor tau, ambil ubat apa yang patut. Jangan biar melarat...dolu-dolu cita-cita aku besar mau jadi doktor tapi belajarnya malas makanya tersadailah aku yang masih di sini...

Apa entah melalut ni...haha. Okeylah ingat tak aku janji nak 'explain' kenapa aku lama tak berblog sebelum ni. Adalah satu dua perkara buat aku rasa geramnya dekat satu dua makhluk ciptaan Yang Esa masa tu. Seandainya aku berblog juga masa tu memanglah jiwa aku tak tenang, tak pasal-pasal tercetus pula tragedi yang tak diingini. Itu dululah....kenapa? siapa? Biarkan ianya berlalu, aku dah maafkan makhluk tu...

Aku dah buang 'kedivaan' aku sejak dua tiga menjak ni...hehe sejak bergelar seorang ibu. Bukan apa bak kata tegar aku yang dulu bukanlah yang sekarang haha...Dolu-dolulah kan tanyalah sesiapa yang ingat lagi 'kedivaan' aku mesti rasa errrrrrk kerek haha. Tapi tu dululah yer, aku kan anak nombor dua. Kenapa? Entahlah selalu sangat dengar orang cakap,anak nombor dua lain dari yang lain(bukan aku cakap tau!). Entahlah...aku rasa biasa jer, mungkin 'mind set' dia orang kot. Tak kisahlah itu cerita lampau, yang penting 'kedivaan' aku semakin terhakis dan menghilang sejak dua tiga menjak...