Kau yang satu

Saturday 21 December 2013

Letih, Penat, Ngantokkk

Salam sayang semuaaaa...

Sekarang ni semakin dekat dengan tarikh jangkaan bersalinku, sindrom trimester pertamaku berulang kembali. Penyakit letih, penat dan mengantok mula hinggap kembali. Dugaan...aku percaya ini ujian kecil dari Yang Esa buat diriku...bersabarlah....

Bermacam rasa inginku kongsi tapi sampai disini sajalah buat kali ini....
  

Tuesday 3 December 2013

Dapurku Kembali Bernyawa

Salam sayang semua...semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya. 

Kenapa tajuk entri sebegitu? Hehe sebabnya sebegini....sejak disahkan berbadan dua bulan mei yang lepas tetiba je tau (bukan sengaja yer!), secara automatiknya penyakit mabuk aku pun bermula (sama kes masa mengandungkan Zaqwan dulu). 

Mabuk apa? hurrrmmm aku tak boleh bau tumis-menumis, goreng-menggoreng ataupun senang ceritalah bau-bauan masakan. Hidung aku memang sensitif dan peka yang amat terhadap bau masakan. Kalau bau masakan tu melekat kat baju yang aku pakai maunya aku sembur perfurm berjuta lemon untuk hilangkan bauan tersebut. 

Orang yang tak pernah alaminya mesti anggap mengada-ngada betul aku ni kan. Lepas itu mesti bertanya, masak macam mana? Hahaha..aku memang tak masak langsung sejak bulan mei yang sudah. Berbulan-bulan aku makan masakan kedai sampai satu tahap rasa nak muntah pun ada, iyerlahkan mana tahan siang malam makan makanan kedai. Sampai satu tahap aku duduk dalam bilik sorang-sorang menangis tau tak, bukan apa mengenangkan nasib nak makan air tangan sendiri tapi itulah bau masakan boleh buat aku macam nak migrain saja, inikan pula nak memasak. 

Mengandung kali ini Allah memang uji betul aku sebabnya sampai dah masuk 7 bulan pun aku masih tak boleh memasak (masa Zaqwan dulu masuk 5 bulan jer aku dah okay). Memang sedih betul rasanya tapi suami aku memang banyak bagi kata-kata semangat...haha nak tau dia cakap apa? Salah satunya dia cakap Allah nak hapuskan dosa aku, jadinya Dia uji sebegini kat aku. Hurrrmmm....mula-mula dengar rasa macam rasa kena perli jer, yelahkan banyak ker dosa aku? Bila dah hari-hari dititipkan kata-kata sebegitu, aku muhasabah diri dan berfikir kata-kata suami aku, ada betulnya. Kita hambanya yang kerdil di bumi ini mustahil tiada dosa. Jadinya aku pegang kata-kata tu buat penguat semangat sampailah minggu lepas tiba-tiba aku rasa bauan masakan amat mengujakan dan aku tak berlari menyorok ataupun tutup hidung. 

Syukur Alhamdulillah Ya Allah, aku sujud syukur pada-Mu. Akhirnya aku boleh memegang sudip dan senduk kembali. Walaupun masakan aku tak sehebat Chef Wan ataupun Master Chef yang penting hasil air tangan aku amat dihargai oleh suamiku dan Zaqwan bila aku mula memasak kembali. Huurrrmmm seronok bila tengok peti ais dah penuh kembali. Lepas ni bolehlah aku kembali mencuba segala bagai resipi kat blog che mat gebu. Hoooyeeehhhh!!!!!!

Monday 2 December 2013

Majlis Sambutan Hari Lahir Zaqwan

Syukur alhamdulillah, lega rasanya dapat tunaikan impian Zaqwan untuk majlis sambutan hari lahir dia. Hurrmmm...penat lelah aku dengan cik abang sayang selama hampir sebulan berbaloi jua bila tengok Zaqwan gembira. Penatnya macam nak terima menantu pula rasanya...haha. 

Segala persiapan semua aku lakukan bersama dengan suami tersayang. Bahkan beg kertas untuk mengisi 'door gift' semuanya hasil karya aku sendiri tau. Jangan tak percaya! Puncanya setelah penat aku 'survey' dari satu kedai ke satu kedai, bahkan dekat online pun aku 'survey' tapi itulah semuanya tak memenuhi kehendak dan kriteria aku. Makanya dengan satu tekad dan azam demi Zaqwan, aku merajinkan diri sendiri memerah idea dan tenaga untuk merealisasikan impian majlis sambutan hari lahir Zaqwan terlaksana. 

Tema majlis sambutan hari lahir yang dihajatkan oleh Zaqwan tak lain tak bukan Ultraman, memang watak kartun yang amat dia minatilah. Okeylah apa kata layan dulu gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Zaqwan di tadika.

'Birthday boy' dah teruja tengok dia dapat ultraman..


 Kawan-kawan Zaqwan pun dah teruja bila masing-masing dapat kek...


 Cikgu sibuk mengagihkan kek bila selesai acara memotong kek...


  Nampak tak tu tetiba jer aku dapat anak lagi sorang...haha berebut nak potong kek dengan Zaqwan, cuba tengok tu dari mula dia memang dah 'excited' terlebih...


 
 Beg kertas hasil air tangan aku dan suami...

Kek Ultraman (air tangan kak ewin) yang membuatkan semua kawan-kawan Zaqwan tak senang duduk...haha...terima kasih tak terhingga buat Kak Ewin... (kalau berminat boleh 'add' kak ewin kat fb love cute cake

Hadiah yang tak seberapa daripada umi dan ayah buat Zaqwan...



Semoga Panjang Umur Sayang...

Kini terimbau kembali kenangan silam...empat tahun yang sudah aku dimasukkan ke hospital dengan segera, gara-gara disyaki menghidap 'preeklampsia'  semasa 'chek up' pada 1 Disember 2009 di Klinik Kesihatan. Syukur alhamdulilah....perjuanganku diiringi doa restu semua dan lahirlah anak kecilku Muhamad Zaqwan ke dunia ini. 

Hari ini 2 Disember 2013, maka genaplah 4 tahun umur anakku Muhamad Zaqwan. Segala pengorbanan dan jerih perih membesarkannya terpahat segar di ingatan. Umi sayang Zaqwan, semoga membesar menjadi anak yang soleh sayang, beroleh kejayaaan di dunia dan akhirat, berketerampilan dan berperibadi yang membanggakan umi serta ayah dan semoga dirahmati dan dilindungi Yang Esa sayang. 







Sunday 1 December 2013

Kenangan Bakal Berulang Kembali

Hai semua...kenapa dengan tajuk? Apa yang bakal berulang? 

Hehe...4 tahun yang sudah tanggal 1 Disember 2009, aku tidur dalam suasana yang berbeza. Terimbau kembali kenangan silam yang masih terpahat dalam ingatan. Perjuangan perlu diteruskan demi satu nyawa, satu gelaran dan demi insan yang tersayang. Namun perjuangan ini bakal berulang kembali di bulan Februari. Lindungi dan rahmati aku Ya Allah....

Biarkan Ia Pergi

Holla...apa khabar semua? Sihat tak? Kalau tak sihat cepat-cepat jumpa doktor tau, ambil ubat apa yang patut. Jangan biar melarat...dolu-dolu cita-cita aku besar mau jadi doktor tapi belajarnya malas makanya tersadailah aku yang masih di sini...

Apa entah melalut ni...haha. Okeylah ingat tak aku janji nak 'explain' kenapa aku lama tak berblog sebelum ni. Adalah satu dua perkara buat aku rasa geramnya dekat satu dua makhluk ciptaan Yang Esa masa tu. Seandainya aku berblog juga masa tu memanglah jiwa aku tak tenang, tak pasal-pasal tercetus pula tragedi yang tak diingini. Itu dululah....kenapa? siapa? Biarkan ianya berlalu, aku dah maafkan makhluk tu...

Aku dah buang 'kedivaan' aku sejak dua tiga menjak ni...hehe sejak bergelar seorang ibu. Bukan apa bak kata tegar aku yang dulu bukanlah yang sekarang haha...Dolu-dolulah kan tanyalah sesiapa yang ingat lagi 'kedivaan' aku mesti rasa errrrrrk kerek haha. Tapi tu dululah yer, aku kan anak nombor dua. Kenapa? Entahlah selalu sangat dengar orang cakap,anak nombor dua lain dari yang lain(bukan aku cakap tau!). Entahlah...aku rasa biasa jer, mungkin 'mind set' dia orang kot. Tak kisahlah itu cerita lampau, yang penting 'kedivaan' aku semakin terhakis dan menghilang sejak dua tiga menjak...


 



Saturday 16 November 2013

Dora datang lagik...

Tadaaa....saya datang...saya datang...tak mo, tak mo gitu...

Yelah saya tau nape muka semua macam gitu. Mana menghilang? Huurrrmm....panjang ceritanya sayang sekalian....apa yang pasti saya dah kembali...okeylah kan.

Berzaman cari 'mood' nak berblog...tapi tulah 'mood'nya asyik ke laut jer. Entah macam mana tetiba dapat hidayah ini malam makanya terhasillah post aku yang ini (agaknya gara-gara terlebih aksi tadi malam tengok MLM2013 kot...haha). Nantilah ada kelapangan aku cerita yer mana aku 'ghaib' dua tiga menjak ni. 

Buat masa ini babai dulu dari aku...salam peluk rindu untuk blog yang masih bernyawa ni....muaahhhh.





Tuesday 26 March 2013

Kuasa Jari Jemari

Ya Allah, hari ni masuk hari ketiga anakku Zaqwan sakit mata. Aku bermohon Ya Allah, semoga anakku segera sembuh dari sakit mata tersebut. Rasa kalau boleh ganti tempat dia, mau je aku ganti (untung-untung boleh dapat mc....miahaha)

Masalahnya anak aku ni antobodinya dengan ubat kuat, dah dibagi ubat yang mengantuk pun tidak mahunya tidur. Makin galak 'mengemas' rumah aku tengoklah pulak. Sekarang ni pandai dah dia, mengusik aku. Yelahkan dah dia tahu aku takut berjangkit, tak pasal-pasal dia pegang muka aku lepas tu siap suruh tengok mata dia. Hai bertuah betul Zaqwan ni!

Aku dah semakin fobia sekarang ni dengan kebersihan dia, tak pasal-pasal 24 jam asyik suruh dia cuci tangan. Hahaha...nasib awaklah Zaqwan dapat umi yang pembersih tahap gaban. Bukannya apa aku nak bagi dia cepat sembuh sebabnya aku pun tak pasal-pasal kena kuarantin macam dia. Bosan betul!

Semalam masa bawa dia jumpa doktor, aku dah interview doktor tu. Yelahkan nak juga tahu apa puncanya dia sakit mata sebabnya awal tahun lepas dia dah kena sakit mata. Bila diterangkan oleh doktor tersebut baru aku faham budak-budak ni 'kuasa jari' diorang memang kuat. Kuat ape? Kuat apa lagi, kuat main kotorlah. Main-main, lepas itu gosok-gosok dekat mata. Hurrrmmm.....kita ni orang dewasa kuasa jari gunanya main internet tapi budak-budak apalah yang ditahunya, main sajalah semua mainan. Okeylah aku nak cari info pasal sakit mata ni lagi, harap Zaqwan cepat sembuh. Amin...


Monday 25 March 2013

Aku Makin Ketagih

Published with Blogger-droid v2.0.6

Comel tak dia? Hurrrmmm...bestnya dia tido. Hehe...sejak berjinak-jinak main  game ni, tak pasal-pasal handphone aku kuat makan bateri. Mana taknya 24jam kena jaga dia, bagi makan, bagi tido, bagi main-main...huhu dah macam anak pulak. 

Nampak gayanya macam nak kena beli power bank lepas ni. Jom muat naik game ni, lepas tu bolehlah kita main game ni bersama.      

Diam Itu Lebih Indah

Sesak nafas aku sekejap masa nak log in tadi. Apa taknya berzaman dah tak melawat blog sendiri, tetiba aku lupa nama blog. Timah ke, Jemah ke haha eden lupo lak. Hahaha....meracau-racau aku sekejap cari nama blog sendiri.

Kenapa lama tak update? Hurrrmmm...biasalah bila kepala ting-tong, satu idea pun tak mari. Sebab itulah aku lebih suka berdiam diri supaya keindahan hakiki lebih mudah dimiliki (apa entah aku melalut, layankan saja lah)

Minggu ini bila sekolah mula cuti....jalan raya aman, damai, harmoni, tenang aje. Best tau zaman sekolah dulu, bila cuti sekolah bermula saja. Maka bermulalah ops tido...haha. Dah kerja ni jangan haraplah dapat peluang macam dulu, dalam mimpi bolehlah. 

Okaylah aku nak pergi ops tido dulu (itu sebenarnya nak bagi tau, aku cuti okey).....BYE.

Saturday 12 January 2013

Kerana Terlebih Berangan Di Bulan Disember

Assalamualaikum...tora datang lagi, hehe leganya dapat berblog semula. 

Bukan busy tapi busy body...wakaka. Bulan Disember yang lepas memang otak aku berkarat la nak berblog. Yelah kan setiap kali bila sign in aje terus aku zuppp, dussshh...hilang semua idea aku. Melayang-layang bagai layang-layang putus talinya...haha. Aku sibuk belajarlah kawan-kawan, oppss....yelah tipu jer.....aku sibuk khatam novel ILUS (I Love You Stupid) nukilan melur jelita sampai terbawa-bawa dalam dunia nyata, kalau ternampak aku tersengih-sengih tu maknanya aku tengah flashback la tu..mihahaha. (Kiranya aku belajar juga la kan namanya).

Bulan Disember juga merupakan bulan kelahiran anakku Zaqwan, aku berangan juga tau. Yelah tahun 2013, zaqwan dah masuk sekolah. Jadinya aku nak buat kelainan ala diva...berangan nak buat cupcake. Kemudian agihkan kepada kawan-kawan zaqwan dekat rumah pengasuh dia. Tapikan anganan aku ni berjaya tau, aku berjaya buat cupcake. Tak caya (sama macam suami i tau), tengok ni.....bangga beb aku bukan macam mat jenin dalam kes ni...hajatku tercapai. Bolehlah dari berangan aje kan.


  
Sekarang ni zaqwan pun dah masuk sekolah, dah 2 minggu pun dia bersekolah. Minggu pertama, setiap pagi masa hantar zaqwan kat sekolah dia mesti buat drama melalak, menangis, sekarang ni okey dah dia. Aku selalu bagi kata-kata semangat kat dia supaya tabah. Umi dan ayah kerja zaqwan kena kuat, berdikari...you are my hero. Hari-hari aku titip nasihat macam tu supaya dia bertambah semangat. Lama-lama tengok dia boleh terima, yelah kan takkan aku nak pencen pulak...ohhh memang taklah. Lambat lagi yer, sila sedar diri sapa suruh tambah opsyen 60 tahun...haha. 

Bulan disember sekali lagi aku pergi Cameron. Berangan bagai, teringin juga nak buat bisnes kat sana untung-untung boleh pencen cepat. Sampai kat atas memang seronok tapi bab jalan dia aku pasrah betul.Setiap kali nak naik kat atas, harus aku berangan tengah naik helikopter...haha. Aku kan nak cepat aje sampai haruslah imaginasi tinggi. No...no bukan mat jenin okey, aku terlebih gen berangan aje bulan disember ari tu. Itulah pasal aku menyepi dari berblog......nanti aku sambung lagi. Ada jemputan...