Kau yang satu

Thursday 26 April 2012

Menghitung hari


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Serius aku tak sabar-sabar untuk bercuti kali ni. Harus diakui memang agak memenatkan la percutian kali ni sebabnya banyak destinasi yang perlu disinggahi. Namun demi yang tersayang terpaksalah aku tempuhi jua dan korbankan cuti tahunanku yang makin berkurangan. Aku harus bijak merancang cuti kalau tak naye tahun ni tak pasal-pasal aku jadi penunggu opis bila orang balik beraya....huarghhhh...tak sanggup aku.

Dulu masa bujang aku amat-amat teruja bila nak balik kampung. Siap ambil cuti tambahan tiap-tiap bulan agar boleh aku bermalasan-malasan di kampung...best giler beb. Teringat lagi dulu kitaorang(teman serumah) harus berlumba-lumba menambah cuti untuk berlama-lama di kampung (dulu mewah beb  cuti ). Terimbau kenangan lama...

Aku haraplah dan berdoa agar percutian kali ni berjalan lancar, dirahmati dan sentiasa diberkati oleh Yang Esa....Aminnnn....

Thursday 19 April 2012

Tersentuh Naluriku....

Zaqwan oh Zaqwan, kau buat umi terharu yang amat sangat sayang. Sejak hari isnin aku tinggal berdua dengan dia. Macam-macam betul ragam dia, dah la asyik nak berkepit aje dengan aku...manja...sampaikan aku nak masuk bilik air pun nak diikutnya sekali. Comel aje perangainya...ape pun aku sayang kat dia.

Macam-macam peristiwa bila tinggal berdua dengan dia dan salah satu peristiwa yang benar-benar menyentuh naluriku....

Situasi semasa Makan malam di meja makan

Zaqwan  : Umiiii...tumpahh (dia makan selalu berserapah)

Aku       : Tak pe nanti Zaqwan kemas (kebiasaannya aku jawab nanti umi 
                                                                  yang  kemas...saja nak usik dia)

Zaqwan  : (Tersenyum-senyum) Zaqwan kemas...hurrrmm okeyy..

Tengah aku syok mengunyah tiba-tiba dia bangun dari kerusi dan nak turun.

Zaqwan   : Umi...dah sudah...tangan (dah sudah makan nak cuci tangan)

Aku         : Jommm...

Sambil berjalan turunkan dia ke bawah lepas cuci tangan...
 
Zaqwan    : Umiii...kain burukk...

Aku pun bagilah ingatkan dia nak lap tangan....rupa-rupanya dia pergi lap tempat makan dia tadi yang berserepah. Tak sangka dia buat apa aku cakap tadi . Terus aku peluk dia...terharu sangat...sayang anak umi... Tapi lepas tu biasalah kain buruk tu dah jadi mainan dia...bertuah betul diaaa..

  








  

Tuesday 17 April 2012

Aku Tak Biasa...Sungguh.....

Aku Tak Biasa

Mungkin diriku harus pergi
Selamanya darimu
Atau ku harus mengakhiri
Cinta ini kepadamu

( 1 )
Kini cintaku telah kau bagi
Tak sanggup ku hadapi semua ini

( korus )
Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
Aku tak biasa, aku tak biasa

Ku cuba untuk terus berlalu
Dari hatimu namun tak bisa
Bayangan itu sering mengganggu
Dari tidurku, ku menangis

Aku tak biasaaa...percayalah...dulukan semua benda boleh jer aku wat sendiri (independent women lah katakan) tapi sekarang ni dah macam anak ayam kehilangan mak pulak...patah kaki beb kalau buat semuanya sorang-sorang sekarang ni. 

Teringat dulu masa mula-mula dapat kereta, mak ajak pergi melawat adik aku kat Kolej Matrikulasi Tangkak. Walaupun dalam hati ada taman tapi dengan semangat berdikari aku redah jer kancilku yang comel melalui highway dan akhirnya alhamdulillah selamat pergi dan balik (penah sesat tau hampir-hampir sampai JB). Tapi tu dulu sekarang aku dah jarang memandu sejak-sejak ada driver opps...maafkan saya, bila suruh pegang stereng balik dalam hati ada taman kembali (insyallah aku mesti yakin kalau tak naik bas la jawabnya aku dua beranak).

 Hurrrmm...layan la lagu di atas jiwaku kacau...lambatnya hari khamis....

 

 

Thursday 12 April 2012

TABIAT BURUK? MAMPUKAH AKU MENGIKIS...


Alamak!! Habislah…tak pasal-pasal anak aku pun terikut sekali tabiat burukku. Banyak kali dah aku cuba control  ataupun elakkan tabiat ni supaya tak kena kat dia tapi dalam berjaga-jaga terkena juga dia.

Heehee….apa tabiat buruk aku…GIGIT KUKU. Itulah tabiat buruk aku dari kecil sampai la sekarang. Banyak kali mak aku marah, tapi tiap kali menonton cerita aksi ataupun seram maka makin lajulah aku menggigit kuku. Takpun tiap kali tengah berfikir ataupun tension maka secara sedar ataupun tidak sedar kuku aku pasti berada di dalam mulut. Banyak kali dah mak aku sound  tapi...aku pasti akan ulang kembali tabiat tersebut. Sekarang ni kalau dia sound  lain dah nadanya dah ada anak pun gigit lagi. Bukannya aku tak tau bahayanya tabiat tersebut yang akan memberi kesan pada akar kuku dan mulut tapi tulah rasa macam satu keperluan pulak tabiat tu (kuku aku bersih okey) .

Aku ingat lagi dulu masa kecil, bapa saudara aku mesti pegang ataupun tahan tangan aku dari memasuki mulut. Sampai la ke zaman remaja dia masih begitu tapi anak sedara dia ni masih kebal tabiatnya. Lebih-lebih pun dia sound  je gigit kuku kerjanya, sedap sangat la tu.

Kekadang tu masa kat tempat kerja bila tengah memikirkan sesuatu secara automatik tetiba jer tanpa sedar aku dah mula mengigit kuku. Tindakan luar kawalan okey...dah terbiasalah macam mana.  

Yang amat merisaukan sekarang ni aku dah ada pengikut (main-main pulak dushhh!)...hurmmm aku harus mencegah anakku mulai dari sekarang. Yelah dah jadi macam aku payah....jaga lah kesihatan kuku dan mulut anda.     

Friday 6 April 2012

Masalah Lama Kembali Melanda


Tidakkkk…aku fobia bila masalah ni menjelma kembali. Adakah ianya faktor usia? Pemakanan? Ataupun penjagaan? Huwaaa...buntunya...arghhhh...opppsss..adakah aku stress ?

Ohhhh...JERAWAT kau buat aku buntu kini...aku memang dah lupa beb dulu aku guna ubat jerawat jenama ape ntah untuk hapuskan kau. Dulu masa zaman sekolah jerawat tu bukan masalah utama aku tau tapi sunburn (zaman sekolah aku aktif berjemur kat padang tapi bukan bersukan tau, aktiviti persatuan). Bermacam-macam produk kecantikan aku gunakan untuk hilangkan sunburn masa tu. Aku rasa hampir semua produk dah aku guna kan masa tu tapi....gagal. Adalah satu produk aku gunakan dan maintain  tapi lain pulak halnya...jerawat. Bermula dari situlah kulit aku mudah berminyak dan berjerawat. Bermacam-macam produk dah aku gunakan tapi ntah la jadi balik sunburnnya. Hurmmm...masa tu student kan mana mampu beli yang mahal-mahal jadinya bila ada kawan-kawan  promote dan dia dah gunakan, aku dengan yakinnya akan bertukar (bukan tukar sebarangan okey).

Sekarang? Hehe..biasalah atas saranan seorang rakan, aku masih kekal menggunakan produk ni tak silap aku 4 ataupun 5 tahun juga lak tapi tulah nape tah berjerawat balik jadinya kulit aku. Bukan la banyak pun tapi kecut satu pastu tumbuh lagi satu. Dulu aku rajin gak bermasker ataupun berscrub sekarang ni hehe...adalah sikit penyakit malas (aha ek sebab ni kot).    

Nampaknya kenalah aku intai-intai balik farmasi ataupun kedai singsei untuk cari balik ubat jerawat yang aku dah lama lupakan tu. Harap-harap jumpa lah dan terhapuslah masalah ni....insyaallah..

Wednesday 4 April 2012

RUNSING

Sejak akhir-akhir ini aku teramat runsing dengan berat badanku yang semakin hari makin bertambah…argh tension dibuatnya...aku teramat-amat fobia melihat alat ini sekarang…..

Kepasifan aktiviti hariankah menjadikan aku begini…yelah aku mengaku selepas bersalin aku malas bersenam dan berjogging. Adalah dulu sekali dua aku bersenam tapi godaan melepak depan tv lagi kuat jadinya bertambah-tambah la lemak tepu aku. Dulu aku jarang mengambil makanan berat di malam hari tapi sejak-sejak nak tambahkan berat badan anak aku tak pasal2 aku pulak yang terkena sekali (alasan kuat okey!).  

Aku pernah control makan tapi tulah tak pasal-pasal datang balik gastrik aku. Wajarkah aku menggunakan produk-produk pelangsingan yang banyak terdapat di pasaran (yang mana satu pulak sesuai). Sebenarnya aku teramat takut kesan sampingan produk-produk tersebut. Tapi…bila lihat gambar-gambar pengguna yang berjaya aku bersemangat semula. 

 Jeles lahhhh...

Ke manakah hala tuju ku…ke sini kah?  


Ataupun sini?…

Berkesan ke guna yang ini?...

Yang inikah?

Dan ini ke?...


Aku buntu....



Dannnn....aku ambil keputusan begini...