Kau yang satu

Wednesday 11 June 2014

Pengajaran Buat Aku......

Pengajaran yang amat berharga dan peringatan jua buat kawan-kawan semua. Kisah pengajaran ini berlaku semalam. Gara-gara terlewat menyedari kasut sekolah Zaqwan rosak. Aku dan husband berkejaran ke Shopping Mall yang berdekatan kira-kira jam 9 malam. Oleh kerana Shopping Mall hampir tutup, aku dengan rela hati menyuruh husband menurunkan aku dan anak-anak di hadapan Shopping Mall sementara husband aku mencari parking yang berdekatan. Disebabkan takut Shopping Mall tersebut hampir tutup aku bergegas mencari kasut yang sesuai buat Zaqwan. Bagi aku yang penting ada saiz kasutnya, corak tak penting dalam keadaan kritikal. Tiba-tiba dalam kekalutan aku mencari kasut Zaqwan, sambil mendukung Zaheera yang sedang tidur. Seorang wanita menyapa "meh akak dukung anak awak, kesian dia"(tangan kakak tu memang dah pegang Zaheera). Aku dalam keadaan tak sedar berkata "kak, anak saya kalau tidur beralih bahu mesti terjaga ni"(dengan nada yang tinggi sambil tak memandang kakak tersebut). Memang tak sengaja bercakap dengan nada yang tinggi dengan kakak tu. Bila dia mengekori kami anak beranak dan masih memandang kami bertiga, aku cepat-cepat mencari kasut dan mengajak Zaqwan turun ke tingkat bawah. Masa turun ke tingkat bawah, terserempak dengan husband aku yang tengah mencari-cari kami. Aku pun ceritalah kejadian tadi, tak semena-mena husband aku bertanya " staf sini ke?". Aku baru tersedar sambil menjawab " bukan". Memang berderau darah aku dan terkejut. Macam baru tersedar. Apa-apa pun syukur Ya Allah...tiada kejadian buruk yang terjadi. Memang aku perlu berhati-hati lepas dan jangan terleka walau sedikit pun. Seandainya niat kakak tu baik, aku minta maaf kerana bercakap dalam nada kasar dan sekiranya sebaliknya insaflah wahai kakak. Anak-anak saya adalah harta yang amat bernilai dalam kehidupan saya sejak bergelar seorang ibu. Bergenang air mata aku bila teringat kisah semalam...

No comments: